• Kereta DIjadikan Sebagai Bom

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+

    BANGKOK: Sekumpulan militan merompak sebuah premis menjual kereta di selatan Thailand sebelum menjadikan dua kenderaan yang dicuri sebagai bom kereta, kata polis semalam.

    Kumpulan itu menyerbu premis menjual kereta di Songkhla kelmarin sebelum sebuah kereta yang dicuri meletup di sebatang jalan di wilayah Pattani.

    Serangan bom kereta itu disusuli dengan kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan Thailand yang mengakibatkan seorang militan terbunuh.

    Sebuah lagi kereta yang dicuri itu meletup berhampiran kediaman seorang pegawai polis semalam menyebabkan rumah itu rosak.

    Seorang pekerja premis menjual kereta itu dijadikan tebusan sebelum ditembak mati oleh suspek.

    Gerakan pemisah di wilayah selatan Thailand itu sudah meragut lebih 6,000 nyawa sejak konflik itu memuncak pada 2004.

    “Kami tahu kumpulan yang bertanggungjawab dalam serangan ini. Ini adalah satu kumpulan pemisah baru daripada generasi muda,” kata jurucakap polis, Sakorn Thongmanee.-Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Kereta DIjadikan Sebagai Bom "