• Kerana Suara Aziz DAP, Dayak Bukan Islam Dilantik Ahli Lembaga Pengarah Petros

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    Seperti lazimnya, Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak Abdul Aziz Isa terus berlagak hero apabila menganggap suaranya yang membolehkan kerajaan negeri melantik Bumiputera bukan Islam dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

    "Kalau tidak kerana suara saya, PBB (Parti Pesaka Bumiputera Bersatu) ingat Abang Jo (Datuk Amar Abang Johari Tun Openg) akan panggil Uggah (Datuk Amar Douglas Uggah Embas) untuk mencari Dayak bukan Islam untuk dilantik ke dalam Petros," katanya menerusi status Facebooknya.

    Kenyataan Aziz tersebut membuktikan tanpa suaranya kerajaan negeri tidak akan melantik Bumiputera Bukan Islam ke dalam Ahli Lembaga Pengarah Petros sedangkan buat masa ini individu yang betul-betul berkelayakan akan dilantik dalam masa terdekat.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Uggah menjelaskan, Bumiputera bukan Islam antara ahli Lembaga Pengarah Petros akan dilantik dalam waktu terdekat ini.

    Menurutnya, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg telah mengarahkan beliau mencari calon terbaik bagi mengisi jawatan itu.

    “Beliau (Abang Johari) telah memberitahu saya beberapa jam tadi agar saya mencari calon. Beliau sekarang mahu Bumiputera bukan Islam dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Petros,” ujarnya.

    Diminta mengulas lanjut mengenai perkara itu ketika ditemui selepas majlis, Uggah berkata pelantikan itu penting kerana sebelum ini isu tiada Bumiputera bukan Islam dilantik dalam Lembaga Pengarah Petros hangat dibincangkan dalam media sosial.

    Bagaimanapun ujarnya, mencari calon yang berkebolehan dalam kalangan Bumiputera bukan Islam untuk jawatan itu bukan tugas mudah.

    Khamis lepas, Pejabat Ketua Menteri menerusi kenyataan akhbar mengumumkan pelantikan Tan Sri Datuk Amar Dr Hamid Bugo sebagai pengerusi Petros.

    Hamid bekas setiausaha kerajaan negeri dan berkhidmat dengan Malaysia LNG Sdn Bhd di Bintulu.

    Manakala lima ahli Lembaga Pengarah dan empat daripadanya telah dilantik ialah Datuk Mohammad Medan Abdullah, Sharbini Suhaili, Zuraimi Sabki dan Heng Hock Cheng.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kerana Suara Aziz DAP, Dayak Bukan Islam Dilantik Ahli Lembaga Pengarah Petros "