• Kerajaan Tidak Akan Rampas Tanah Yang Disukat

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Kerajaan negeri akan meneruskan usaha menyukat tanah NCR di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri (Rizab Guna Sama Bumiputera) tahun ini, demikian tegas Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

    Memetil laporan Utusan Borneo, beliau menjelaskan kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk meneruskan usaha menyukat tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di bawah Seksyen 6 (Kanun Tanah Negeri) seterusnya di bawah Seksyen 8 (hak milik individu).

    “Setakat ini lebih 700,000 hektar tanah NCR telah disukat di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan diaripada jumlah itu lebih 500,000 hektar telah diwartakan,” katanya.

    Tambah beliau, rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan tidak akan merampas tanah yang disukat di bawah Seksyen 6 seperti didakwa oleh sesetengah pihak dan surat hak milik individu di bawah Seksyen 18 akan diberikan.

    “Rakyat boleh menyemak sendiri, tidak ada satu pun tanah yang telah disukat di bawah Seksyen 6 telah di ambil oleh kerajaan, sedangkan tujuan utama NCR di sukat di bawah Seksyen 6 ialah kerajaan mahu mengiktiraf tanah NCR di negeri ini,” jelasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Kerajaan Tidak Akan Rampas Tanah Yang Disukat "