• Kerajaan cadang perkenal rang undang-undang penjagaan warga emas

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Kerajaan bakal membentangkan satu Rang Undang-Undang Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Warga Emas Swasta bagi memastikan kualiti penjagaan warga emas.

    Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, buat masa ini tiada akta khusus bagi penjagaan warga emas di negara ini.

    "Pelbagai inisiatif telah dan sedang diambil kementerian bersama agensi lain selaras dengan Dasar dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara untuk mewujudkan warga emas berdikari, bermartabat tinggi dan dihormati.

    "Antara inisiatif utama adalah mengkaji semula dasar serta pelan tindakan termasuk dari segi perundangan," katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang meminta KPWKM menyatakan keberkesanan pelan tindakan pelaksanaan Dasar Warga Emas Negara dan Pelan Tindakan Warga Emas Negara yang telah diluluskan pada tahun 2011. - K! ONLINE



    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan cadang perkenal rang undang-undang penjagaan warga emas "