• Kerajaan BN Bukan Kerajaan Populis - Najib

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR: Kerajaan Barisan Nasional bukan kerajaan populis dengan hanya menabur janji untuk meraih sokongan rakyat.

    Sebaliknya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan yang diterajuinya adalah kerajaan yang adil dan membawa negara ke arah masa depan yang lebih baik.

    Beliau juga berjanji akan terus melakukan yang terbaik dan tidak akan lari daripada tangungjawab dalam melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri.

    Beliau berkata demikian dalam ucaptamanya di Forum Ekonomi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) 2017 di sini hari ini.

    Hadir sama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. - BH

    Subjects:

  • No Comment to " Kerajaan BN Bukan Kerajaan Populis - Najib "