• Keputusan SPM Ulangan 2017 Pada 24 Ogos

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+


    PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2017 akan diumumkan pada 24 Ogos ini.

    Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata keputusan akan dimaklumkan kepada calon melalui pos atau calon boleh menghubungi jabatan pendidikan negeri tempat mereka mendaftar peperiksaan.

    Calon juga boleh membuat semakan keputusan SPM Ulangan 2017 melalui mySMS 15888 dengan menaip SPMU nombor kad pengenalan angka giliran, yang diaktifkan mulai 10 pagi 24 Ogos hingga 6 petang 30 Ogos.

    Seramai 12,589 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu di 229 pusat peperiksaan di seluruh negara, melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Matematik.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Keputusan SPM Ulangan 2017 Pada 24 Ogos "