• Kelas! Kekasih Baru DSV ‘Ala-Ala’ David Beckham!

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+


    BENARLAH apa orang kata; jika kita seorang yang berfikiran positif, kita hanya akan menarik perkara yang baik-baik sahaja dalam kehidupan.

    Belum sampai setahun kembali solo selepas kegagalan perkahwinan sebelum ini, Datuk Seri Vida (DSV) kini sedang berkenalan dengan seorang jejaka Eropah berusia awal 30-an.

    Menurut pengasas rangkaian kosmetik Vida Beauty itu, beliau dan jejaka berkenaan berkenalan dalam satu pertemuan di kediamannya di Ipoh, Perak semasa sambutan Hari Raya baru-baru ini.

    “Kami sudah kenal beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon tapi hari raya baru-baru ini saya jemput dia untuk datang beraya di rumah.

    “Terkejut jugalah sebab tak sangka dia sanggup datang dari jauh. Dah alang-alang, saya perkenalkanlah dia dengan ahli keluarga saya,” katanya seperti yang dilapor mStar Online.

    Tambah Vida lagi, jejaka Eropah itu mempunyai segala kriteria calon suami idamannya.

    “Dia ada segalanya… kacak, bermata kelabu, rambut blonde, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan. Saya boleh katakan dia ada iras-iras David Beckham,” katanya.

    Bagaimanapun, Vida, 46, berkata buat masa ini mereka masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

    “Saya enggan terburu-buru kerana masih trauma dengan perkahwinan saya yang tidak bertahan lama sebelum ini.

    “Biarlah kami berkawan terlebih dahulu. Jika sudah tertulis itu jodoh saya, siapa saya untuk menolaknya,” katanya.

    Ketika ditanya mengenai negara kelahiran jejaka kacak itu, Vida bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

    “Biarlah rahsia. Nanti bila dah sedia, saya beritahulah sayang-sayang semua,” katanya.

    Terdahulu, Vida sebelum ini telah menerima sekurang-kurangnya 50 resume daripada jejaka yang meluahkan hasrat untuk memperisterikannya.

    Lebih menarik, resume itu bukan sahaja diterima dalam kalangan rakyat tempatan tetapi juga dari luar negara termasuk Finland dan Scotland. Kelas habis! – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kelas! Kekasih Baru DSV ‘Ala-Ala’ David Beckham! "