• Kedutaan AS Hasil Video Hari Kebangsaan Malaysia

    Published: Thursday, 31 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat di sini menyiarkan satu video bersempena Hari Kebangsaan Malaysia serta meraikan hubungan dua hala yang terjalin antara kedua-dua negara sejak 60 tahun lepas, mulai tengah malam tadi.

    Kedutaan itu dalam kenyataannya hari ini berkata video itu boleh disaksikan menerusi akaun media sosialnya, Twitter @usembassykl dan Youtube (www.youtube.com/usembassykl) pada tengah malam ini.

    Manakala menerusi laman rasmi Facebook (www.facebook.com/usembassykl/) dan Instagram (www.instagram.com/usembassykl/) bermula esok.

    “Kami bangga menerima Malaysia yang merdeka sejak ia ditubuhkan pada 1957… dan kini, hubungan di antara kedua-dua negara terus utuh, meningkat dan berkembang,” kata Duta AS ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdir.

    Video itu, yang menampilkan Lakhdir dan kakitangan kedutaan itu, dirakamkan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Melaka serta Tugu Negara dan Dataran Merdeka di sini. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Kedutaan AS Hasil Video Hari Kebangsaan Malaysia "