• Kecoh Antiperkauman Bertembung Nasionalis

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+


    BOSTON: Situasi bertukar kecoh apabila beribu-ribu penunjuk perasaan antiperkauman membanjiri jalan di bandar ini ketika berlangsungnya perhimpunan kebebasan bersuara kumpulan nasionalis.

    Bagaimanapun, anggota keselamatan yang bersiap sedia menghadapi situasi itu telah mengambil langkah mengiringi kira-kira 40,000 penunjuk perasaan terbabit ke tempat yang lebih selamat.

    Tindakan pantas itu diambil kerana bilangan mereka jauh lebih besar berbanding peserta perhimpunan nasionalis kulit putih yang dijadualkan berlangsung sehingga pukul 2 petang itu.

    Menurut pihak berkuasa, sebanyak 27 tangkapan dibuat pada Sabtu dengan kebanyakannya kerana melakukan serangan terhadap anggota polis dan mengganggu ketenteraman awam.

    Rakaman dari udara mendapati penunjuk perasaan antiperkauman memenuhi beberapa jalan utama di bandar raya yang ditadbir Parti Demokrat ini.

    Biarpun protes di Boston tidak menyaksikan berulangnya keganasan yang meletus di Charlottesville, Virginia pada minggu lalu, pergaduhan antara polis dan penunjuk perasaan mendorong kritikan oleh Presiden Donald Trump.

    Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Boston, William Evans berkata ada segelintir individu yang sengaja membuat kacau semasa tunjuk perasaan itu.

    Isu perkauman timbul semula apabila Trump mempertahankan sebahagian penunjuk perasaan kulit putih dan perhimpunan neo-Nazi di Virginia pada minggu lalu. – AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Kecoh Antiperkauman Bertembung Nasionalis "