• Kecewa Cinta, Budak Perempuan 12 Tahun Bunuh Diri

    Published: Monday, 28 August 2017
    A- A+

    Seorang budak perempuan berusia 12 tahun ditemui mati bunuh diri di kediamannya di Dagupan, Filipina baru-baru ini.

    Memetik laporan Philippines Daily Inquirer, mangsa yang dikenali sebagai Naomih Lee Caromongan ditemui tergantung dalam bilik tidur oleh abangnya pada jam 4.30 petang.

    Gadis itu dipercayai membelit lehernya dengan kelambu yang digantung pada siling.

    Pihak polis turut menemui sebuah buku catatan milik mangsa yang dijumpai di tempat kejadian.

    Berdasarkan catatan dalam diari tersebut, gadis itu dipercayai menghidap penyakit kemurungan selepas jatuh cinta pada seorang remaja lelaki yang sudah mempunyai teman wanita.

    Disebabkan kecewa dengan hal tersebut, mangsa dipercayai nekad mengambil nyawanya sendiri dengan menggantung diri.

    Susulan kejadian itu, pakar perubatan psikologi menyeru ibu bapa agar memberi lebih perhatian terhadap anak masing-masing dan kenal pasti sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda kemurungan. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Kecewa Cinta, Budak Perempuan 12 Tahun Bunuh Diri "