• KDNK S2 Malaysia berkembang 5.8 peratus, mengatasi ramalan

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR, 18 Ogos - Ekonomi Malaysia melonjak 5.8 peratus pada suku kedua berbanding tahun sebelumnya, iaitu kadar terpantas dalam tempoh lebih daripada dua tahun dan bertentangan dengan jangkaan sedikit kelembapan, menurut data yang ditunjukkan bank negara hari ini.

    Pengukuhan yang berterusan dalam permintaan domestik dan eksport yang kukuh merupakan pemacu pertumbuhan utama dalam suku itu, kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu sidang akhbar.

    Penganalisis yang ditinjau oleh Reuters menjangkakan pertumbuhan untuk menjadi sedikit lembab kepada 5.4 peratus pada April-Jun daripada 5.6 peratus pada suku pertama.

    Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan ramalan pertumbuhan KDNK tahun penuh 2017 kepada lebih 4.8 peratus. Ramalan terakhir pada bulan Mac meramalkan pertumbuhan antara 4.3 sehingga 4.8 peratus. - Reuters

    Link asal artikel:
    http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/malaysias-q2-gdp-grows-5.8pc-beating-forecasts#oeV5aHto4s7iiZBE.97

    Subjects:

  • No Comment to " KDNK S2 Malaysia berkembang 5.8 peratus, mengatasi ramalan "