• Kanak-Kanak Perempuan Cedera Disyaki Didera Keluarga

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+
    Gambar Hiasan

    LUNDU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun 11 bulan cedera pada bahagian anggota badannya termasuk patah tulang lengan disyaki didera oleh ahli keluarganya.

    Ketua Polis Daerah Lundu, Deputi Superintendan Wong Chee Keong berkata, berdasarkan laporan daripada pegawai perubatan, kanak-kanak malang itu didapati mengalami lebam pada muka, badan, kaki dan tangan.

    "Hasil imbasan x-ray juga mendapati mangsa mengalami patah tulang pada lengan dan tangan kanannya.

    "Mangsa kini dirujuk ke Unit Ortopedik di Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

    Sambil menambah, kes itu masih lagi dalam siasatan. - K! ONLINE
  • No Comment to " Kanak-Kanak Perempuan Cedera Disyaki Didera Keluarga "