• Kanak-Kanak 3 Tahun Tak Pernah Rasa Sakit Walaupun Tulang Patah

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    LONDON: Walaupun pernah patah tulang di beberapa bahagian badannya, namun kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Dexter Cahill tidak pernah menangis atau berasa sakit.

    Menurut Mail Online, keadaan itu berlaku disebabkan Cahill disahkan menghidap penyakit gangguan saraf jenis 4 yang melibatkan deria dan autonomi badan yang jarang terjadi.

    Ekoran itu, ibu bapanya, Lindsay dan Tom sering berasa risau dengan keada­an Cahill kerana meskipun usianya masih muda, namun kanak-kanak tersebut telah beberapa kali mengalami patah tulang di beberapa anggota badannya termasuk ibu jari serta tangan.

    “Orang sangka Cahill adalah adiwira tetapi sebenar­nya tidak. Dia mungkin mengalami apendisitis satu hari nanti,” jelas Lindsay.

    Awal tahun ini, Cahill mengalami patah tulang kaki ketika sesi tarian di rumah penjagaan kanak-kanak.

    Walau bagaimanapun ibu bapanya terkejut kerana Cahill langsung tidak menangis atau menunjukkan tanda-tanda berasa sakit, malah dia hanya minta gula-gula.

    Sementara itu, para saintis mengatakan peluang untuk manusia menghidap pe­nyakit seperti Cahill adalah satu dalam 125 juta orang.

    - Utusan Malaysia

    Subjects:

  • No Comment to " Kanak-Kanak 3 Tahun Tak Pernah Rasa Sakit Walaupun Tulang Patah "