• Kalah Berdebat Dalam FB, Aziz DAP Ajak Netizen Bersemuka

    Published: Monday, 28 August 2017
    A- A+

    Kalau mental tidak kuat, janganlah berdebat dalam Facebook. Begitulah yang terjadi dengan Pembantu Khas Pengerusi DAP Abdul Aziz Isa.

    Lebih mengejutkan lagi, Aziz dalam status Facebook peribadinya menyuruh pengguna Facebook tersebut meninggalkan nombor telefon menerusi Facebook Messenger.

    Ia selepas netizen terbabit memuatnaik komen hendak memberus otak perut Aziz.

    "Sila bersemuka dengan saya," kata Aziz.

    Seperti pertengkaran budak sekolah rendah, Aziz turut bertanya mengenai keputusan peperiksaan netizen terbabit semasa dibangku sekolah selain prestasi akademik anak netizen tersebut.

    Pada masa sama, Aziz turut mengajak pengguna Facebook tersebut minum kopi dan teh dengannya.

    "Bercakap dengan saya secara bersemuka. Anak jantan bersemukalah dengan anak jantan," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " Kalah Berdebat Dalam FB, Aziz DAP Ajak Netizen Bersemuka "