• Jururawat Bunuh Lebih 90 Pesakit

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    Jururawat lelaki di Jerman yang dipenjara dua tahun lalu kerana membunuh dua pesakit dengan dadah dipercayai membunuh sekurang-kurangnya 90 pesakit lain dan angka itu mungkin jauh lebih tinggi, kata pihak berkuasa negara itu.

    Niels Hoegel, 40, dipenjara pada Febuari 2015 selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan membunuh dan empat cubaan bunuh atau mendatangkan kecederaan kepada pesakit di unit rawatan rapi di sebuah hospital bandar Bremen.

    Memetik laporan AFP, polis berkata pakar forensik menggali semula perkuburan dan menganalisis lebih 130 mayat dan menemui bukti kematian berpunca daripada tindakan lelaki berkenaan.

    Sebelum ini, Hoegel mengaku menyuntik pesakit dengan dadah yang boleh menyebabkan serangan jantung bagi menyelamatkan mereka dan jika berjaya, beliau akan disanjung sebagai penyelamat oleh rakan sekerjanya.

    Tindakan itu terbongkar pada Jun 2005 apabila seorang jururawat wanita melihat Hoegel cuba menyuntik seorang pesakit.

    Pesakit itu diselamatkan dan Hoegel ditahan dan pada Jun 2008 dijatuhkan hukuman penjara tujuh setengah tahun untuk beberapa kes cubaan membunu sebelum dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup pada 2015. - BNBCC

    Subjects:

  • No Comment to " Jururawat Bunuh Lebih 90 Pesakit "