• JSJN Sarawak Tahan Pesakit Buah Pinggang Edar Dadah

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    Foto ihsan Polis
    KUCHING: Sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik(JSJN) Sarawak menahan seorang pesakit buah pinggang kerana didapati memiliki sejumlah pil ektasi dan daun kering dipercayai dadah jenis ganja yang diisi kedalam beberapa batang rokok dipercayai untuk dipasarkan sekitar bandar raya ini semalam.

    Ketua JSJN Sarawak Supt Sahar Abdul Latif berkata, pihaknya menahan suspek berkenaan di sebuah rumah dalam satu serbuan di Leboh Sekama dekat sini sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

    Menurutnya, suspek yang berusi 40 tahun itu dikatakan mengakui telah menjalankan aktiviti pengedaran dadah didakwa diperoleh dari seorang lelaki Melayu dari Matang untuk diedarkan di sekitar bandar raya (Kuching) ini sejak kira-kira setahun lalu bagi menampung perbelanjaan perubatan atas sakit buah pinggang yang dihadapinya.

    “Hasil pemeriksaan keatas suspek pihak polis menemui 29 biji pil disyaki ekstasi dan 55 batang rokok berisi campuran tembakau dan ganja serta yang disembunyikan di dalam laci di bilik tidur suspek.” katanya dalam satu kenyataan semalam.

    Tambahnya, nilai keseluruhan dadah tersebut dengan anggaran sembilan gram ekstasi dan berat kasar bagi ganja sekitar 108 gram dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM9,520.

    Suspek kini ditahan untuk menjalani siasatan lanjut dan kes disiasat disiasat di bawah Seskyen 39A(2) dan 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

    Sementara itu, Sahar juga menyeru kepada orang ramai supaya tampil menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti penyalahgunaan dadah.-Sarawakiana
  • No Comment to " JSJN Sarawak Tahan Pesakit Buah Pinggang Edar Dadah "