• Jokowi Mahu Isu Bendera Terbalik Tak Diperbesarkan

    Published: Sunday, 20 August 2017
    A- A+

    JAKARTA: Presiden Joko Widodo hari ini meminta semua pihak agar tidak memperbesar-besarkan isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik dalam buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

    Media-media dalam talian hari ini memetik Presiden Republik Indonesia itu sebagai berkata walaupun perkara berkenaan sangat dikesali namun rakyat negaranya diminta tidak bersikap berlebihan berhubung isu itu.

    “Tidak usah dibesarkan-besarkan,” katanya seperti yang dipetik oleh Detik.com
    Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan Malaysia haruslah memohon maaf secara rasmi kepada Indonesia.

    Jokowi Mahu Isu Bendera Terbalik Tak Diperbesarkan

    “Kita menunggu permintaan maaf daripada pemerintah Malaysia, kerana menyangkut sebuah kebanggaan, nasionalisme daripada bangsa kita Indonesia. Kita tunggu permintaan maaf rasmi,” kata presiden yang lebih dikenali sebagai Jokowi itu.

    Jawatankuasa Penganjur Malaysia Sukan SEA 2017 (MASOC) dalam kenyataan awal hari ini, memohon maaf kepada seluruh rakyat Indonesia atas kesilapan yang tidak disengajakan itu.

    Menurut MASOC, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang juga pengerusi MASOC akan membuat kunjungan hormat ke atas rakan sejawatannya Imam Nahrawi, hari ini, untuk memohon maaf bagi pihak jawatankuasa itu. – BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Jokowi Mahu Isu Bendera Terbalik Tak Diperbesarkan "