• Johnny Bob Aput Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Johnny Bob Aput,54, meninggal dunia Sabtu lepas dipercayai akibat masalah jantung.

    Memetik laporan The Borneo Post, Presiden STAR, Lina Soo menerusi status Facebook peribadinya mengesahkan perkara tersebut.

    Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Datu, Johnny bertanding sebagai calon pembangkang menentang calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amar Jamilah Anu.

    Bagi Lina Soo, Johnny yang lebih dikenali sebagai Bob tidak pernah mengalahkan daripada cabaran politik dan sentiasa bersama parti setiap masa.

    Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak Baru Bian turut melahirkan rasa simpati atas kematian Johnny.

    "Kita sentiasa bersama memperjuangkan hak rakyat Sarawak. Kita berkongsi impian sama, visi dan perjuangan," katanya.

    Sementara itu, Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Serian Edward Andrew Luak menjelaskan merupakan keluarga rapat beliau.-Sarawakiana






  • No Comment to " Johnny Bob Aput Meninggal Dunia Akibat Masalah Jantung "