• Johnichal Terus Sokong William Nyallau Sebagai Calon

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Ahli Parlimen Lubok Antu, Datuk William Nyallau Badak terus mendapat sokongan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnichal Rayong Ngipa untuk dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

    Memetik laporan The Borneo Post, Dr Johnichal berkata, sokongan yang diberikan dengan mengambil kira realiti di lapangan selain untuk rujukan Barisan Nasional (BN).

    Pada masa menurutnya, ia bukan untuk mencampuri hal ehwal Parti Rakyat Sarawak (PRS).

    "Niat saya adalah untuk memastikan semangat dan perpaduan BN di kawasan saya (Engkilili) kekal utuh. Engkilili juga sebahagian daripada kawasan parlimen Lubok Antu dan saya menyokong Ahli Parlimen.

    "Kita pernah menderita daripada fobia politik sejak orang luar cuba menjadi wakil rakyat dan kita tidak akan membiarkannya. Berdasarkan tinjauan, penduduk masih mahukan YB Datuk Nyallau menjadi ahli parlimen," katanya.

    Nyallau merupakan ahli majlis tertinggi PRS.-Sarawakiana






    Subjects:

  • No Comment to " Johnichal Terus Sokong William Nyallau Sebagai Calon "