• Jelajah Kemerdekaan Ke-60 Bakal Uji Kemampuan Sebenar Yamaha E115M

    Published: Sunday, 6 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Jelajah Kemerdekaan Ke-60 yang menggunakan motosikal model Yamaha E115M akan menguji kemampuan sebenar jentera tersebut serta ketahanan mental dan fizikal penunggang.

    Pengurus Tay Motors (Kuching) Aaron Tay berkata, program anjuran Tay Motors (Kuching) dan Hong Leong Yamaha ini akan menyaksikan 4 buah motosikal diuji ke tahap maksima dengan jumlah jarak tunggangan sejauh 3738 kilometer.

    "Jarak minima tunggangan harian sejauh 106km manakala jarak maksima 719km," tambahnya.

    "Jelajah ini bukan sahaja menguji kemampuan sebenar motosikal tersebut bahkan akan turut menguji tahap ketahanan fizikal dan mental penunggang," ujar beliau.

    Menurut Aaron, seramai 4 orang penunggang dari pelbagai saiz dan berat badan telah dipilih untuk melakukan jelajah ini bagi menghasilkan keadaan sebenar terhadap yang dihadapi oleh bakal pembeli model tersebut.

    Model Yamaha E115M yang dibuat hanya untuk pasaran Sabah dan Sarawak telahpun berada hampir dua tahun dalam jualan.

    Dengan enjin berkapasiti 115cc, motosikal ini akan diuji oleh empat orang penunggang iaitu Nurasiman Simon, Sapawi Mustapa, Encik George Marcella Banna sebagai jurugambar dan videoman, serta Sekawi Jamaluddin Tony sebagai mekanik.

    Perjalanan Jelajah Kemerdekaan ke-60 kali ini dijadualkan bermula 7 Ogos 2107 dijangka berakhir pada 18 Ogos 2017 akan bermula di Kuching menuju Miri, Keningau, Tawau, Semporna, Sandakan, Kundasang, Kudat, Kinabalu, Lawas, Miri dan kembali semula ke Kuching.

    Penganjur berharap, imej Yamaha model E115M yang seringkali dikaitkan dengan kehilangan minyak pelincir serta masalah sukar dihidupkan selepas digunakan akan dapat menemui penyelesaian selepas sesi pandu uji ini tamat bagi meningkatkan imej model ini. - Sarawakiana
  • No Comment to " Jelajah Kemerdekaan Ke-60 Bakal Uji Kemampuan Sebenar Yamaha E115M "