• Jel 20 Tahun Kerana Hina Raja Thailand

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+


    Bangkok: Seorang lelaki tempatan dipenjara 20 tahun kerana memuat naik enam klip video yang dilihat menghina raja Thailand.

    Ia kes terbaru membabitkan penguatkuasaan undang-undang menghina raja yang semakin meningkat sejak junta tentera negara itu berkuasa menerusi rampasan kuasa pada 2014.

    Lebih 100 orang sudah didakwa atas kesalahan itu sejak rampasan kuasa berkenaan.

    Tara, 51, yang nama akhirnya tidak didedahkan oleh peguamnya, ditangkap pada 2015 kerana berkongsi di Internet bahan yang didakwa menghina raja negara itu.

    Peguamnya, Yaowalak Anuphan berkata, Tara dihukum penjara oleh sebuah mahkamah tentera.

    “Anak guam saya yang ditahan sejak 2015 mengaku bersalah. Dia dihukum penjara 20 tahun dan hukuman itu berkuatkuasa sejak dia ditangkap.

    Tara tidak dibenarkan merayu kerana dia ditangkap ketika Thailand di bawah undang-undang tentera. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Jel 20 Tahun Kerana Hina Raja Thailand "