• Jefri Nichol Lalui Pengalaman Seram

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+


    PELAKON Indonesia, Jefri Nichol atau Nichol berkongsi pengalaman ketika menjalani penggambaran filem seram terbaru lakonnanya iaitu Jailangkung.

    Nichol, 18, berkata antara kejadian seram yang tidak dapat dilupakan ketika mereka berada di sebuah hospital yang baru dibina. 

    "Antara Kejadian yang saya tak boleh lupa ketika kami sedang menjalani penggambaran di sebuah hospital yang baru siap dibina.

    "Ketika kami sedang bersiap, ada jururawat beritahu solekan watak hantu kanak-kanak dalam filem ini sea-akan budak kecil yang selalu mengganggu pekerja di hospital tersebut.

    "Semua yang mendengar terus rasa takut. Namun begitu, pada waktu itu juga babak bersama hantu kanak-kanak tersebut perlu diselesaikan dengan cepat," kata Nichol kepada mStar Online.

    Selain itu juga, babak ketika Nichol dan pasangan gandingnya, Amanda Rawles ditinggalkan di tanah perkuburan Cina selama lapan jam juga antara yang menakutkan

    Pasangan ini terpaksa menjalani penggambaran di lokasi tersebut berdua pada pukul 6 petang hingga 2 pagi dan babak tersebut hanya dirakam dengan menggunakan drone. 

    "Saya dan Amanda ditinggalkan berdua sahaja di sana dan penggambaran dilakukan menggunakan ‘drone’ dari pukul 6 petang sehingga 2 pagi. 

    "Perasaan itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sangat menyeramkan dan kami harus menjayakan babak tersebut dengan sempurna," ujarnya. 

    Filem Jailangkung yang menjadi filem seram pertama lakonan Nichol telah menerima sambutan hangat di Indonesia dan sudah ditayangkan di Malaysia bermula Khamis.

    Selain mereka berdua, filem yang dibawa oleh Astro Shaw ini turut dijayakan oleh Wulan Guritno, Hannah Al Rashid dan Lukman Sardi.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Jefri Nichol Lalui Pengalaman Seram "