• Janji Najib Kepada Penduduk Kampung Haji Baki Ditunaikan

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    Janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada penduduk Kampung Haji Baki semasa kunjungannya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas ditunaikan menerusi tiga projek yang memberi keselesaan dan kesejahteraan penduduk.

    "Sebelum ini, sejumlah RM375,000 telah digunakan untuk menambak tanah bagi tapak dewan serba guna dan terdapat tambahan menjadikan jumlahnya kini RM1 juta bagi tujuan pembinaan terssebut," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang seperti dilaporkan Utusan Borneo.

    Menurutnya, Jabatan Kerja Raya (JKR) turut menjalankan projek pembesaran jalan dan pembinaan lampu trafik bernilai RM330,000 yang dijangkakan siap Disember tahun ini.

    Sementara itu, sebanyak RM600,000 juga disalurkan kerajaan kepada projek menaik taraf pusat penjaja di kampung yang sama dan setelah siap akan diserahkan sepenuhnya di bawah jagaan Pejabat Pembangunan Negeri.

    Pembinaan dewan serba guna tersebut dijangka akan bermula Disember tahun ini dan masih menunggu persetujuan jawatankuasa sementara Kampung Haji Baki bagi menambah baik kemudahan yang terdapat di dalamnya.

    Dewan serba guna itu berkeluasan 20 meter lebar, 70 meter panjang dengan dilengkapi kemudahan pagar dan kawasan parkir serta berupaya memuatkan dua gelanggang setakat ini.-Sarawakiana
  • No Comment to " Janji Najib Kepada Penduduk Kampung Haji Baki Ditunaikan "