• Jangan Biarkan Kami Orang Yang Terakhir Mengetahui, kata pengundi Gelang Patah

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    Heboh cerita mengenai Penasihat DAP Lim Kit Siang sejak akhir-akhir ini diperkatakan oleh netizen. Ini menandakan bahang Pilihanraya ke 14 (PRU14) akan mucul tiba bila-bila masa.

    Belum terjawabnya isu asal Kit Siang, suara Parlimen Gelang Patah mula kedengaran. Pada PRU13 Parlimen Gelang Patah telah di menangi oleh Lim Kit Siang menewaskan Datuk Seri Ghani Othman (UMNO) dengan majoriti 14,762 undi.

    Lim Kit Siang berkhidmat sebagai Ahli Parlimen (MP) sejak tahun 1969 dan sering berpindah randah kerusi parlimen dan pernah mewakili pelbagai kerusi di kawasan Melaka, Selangor dan Pulau Pinang.

    Beliau meninggalkan parlimen selama lima tahun dari tahun 1999 hingga tahun 2004, selepas beliau kalah dalam Pilihanraya Umum 1999, ditewaskan oleh Chia Kwang Chye di kawasan Bukit Bendera dan mewakili Parlimen Gelang Patah pada PRU13 yang lepas.

    Sikap Kit Siang yang suka berpindah kerusi bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Difahamkan Kit Siang akan berpindah lagi pada PRU14 ini dan ucapan 'selamat tinggal' untuk pengundi Parlimen Gelang Patah.

    Namun suara Gelang Patah terus bergema apabila kain rentang yang mempersoalkan tindakan Kit Siang terpampang di kawasan tersebut.

    Terbukti Gelang Patah menyuarakan protes melalui kenyataan yang terbentang dan catitan yang pedas adalah "Jangan biarkan kami adalah orang terakhir mengetahui" iaitu memberi amaran kepada Kit Siang bahawa Gelang Patah orang terakhir mengetahui cerita perpindahan beliau ke Parlimen lain pada PRU14 nanti. - Abdul Halim Jantan


    Subjects:

  • No Comment to " Jangan Biarkan Kami Orang Yang Terakhir Mengetahui, kata pengundi Gelang Patah "