• Jaminan Nurul Izzah Hanya Omong Kosong - Nitizen

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Jaminan yang disuarakan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tidak lebih dari hanya omong kosong bahkan apa yang dinyatakannya adalah apa yang sedang giat diusahakan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

    Menurut kalangan netizen yang meluahkan pandangan berpendapat, kata-kata Nurul Izzah hanyalah janji kosong dan segala yang diumumkannya adalah sama seperti apa yang sedang diusahakan oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

    Nurul Izzah ketika program Teh Tarik dan Borak Santai di Restoran Aroma Desa, Metrocity di sini, kelmarin berkata hanya Pakatan Harapan (PH) akan menjamin hak-hak Sarawak berhubung autonomi dan royalti sebanyak 20 peratus.

    Abu Bakar yang mengakui hadir pada program tersebut berkata, Ketua Menteri kini sedang giat berusaha bagi mendapatkan royalti minyak dan mengembalikan semula autonomi Sarawak,

    “Tidak bolehkah dia (Nurul Izzah) tampil dengan idea yang lebih mantap, meyakinkan dan lebih menguntungkan rakyat?" katanya.

    Beliau berkata, PKR sering melaungkan agenda reformasi mereka sedangkan kerajaan sedia ada sering melakukan usaha sejajar dengan perkembangan dan kehendak semasa.

    "Saya tidak yakin. Mereka (PH) perlu tampil dengan sesuatu yang lebih meyakinkan," tegasnya.

    Sementara itu, seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Hamzah pula menjelaskan, kehadiran Tun Mahathir dalam pakatan memburukkan keyakinannya terhadap Pakatan Harapan (PH).

    "Kalau betul Tun Mahathir perihatin dengan nasib rakyat negeri Sarawak, banyak yang dapat dia lakukan sepanjang 22 tahun pemerintahannya dahulu tetapi hakikatnya, Tun bukan begitu.

    "Perdana Menteri Najib Razaklah yang banyak memberi perhatian dan tahu erti membalas budi terhadap kesetiaan rakyat negeri Sarawak selama ini," tegasnya.

    Beliau menambah, kenyataan Nurul Izzah yang cuba menepis dakwaan bahawa Tun Mahathir menggunakan PH untuk keuntungan peribadi adalah tidak benar.

    "Memang Tun Mahathir menggunakan PH untuk agenda peribadi kerana Tun adalah seorang yang tamak dan hanya mementingkan diri sendiri," jelasnya lagi.

    Seorang penuntut universiti tempatan, Andrew Jawing yang turut hadir pada program tersebut berkata, Nurul Izzah yang ditolak permohonannya untuk memasuki universiti di zammnya tidak sepatutnya menyalahkan pihak kerajaan mahupun universiti kerana pada ketika itu, seorang pelajar universiti memang tidak dibenarkan untuk aktif dalam politik.

    "Bagi saya yang beragama Kristian, pembohongan terbesar malam ini ialah apabila Nurul Izzah memberitahu hadirin bahawa agenda menukar Malaysia kepada negara Islam sebagai agenda Perdana Menteri.

    "Jangan cuba meracun fikiran masyarakat dengan berbohong seperti ini," tegasnya. - Sarawakiana
  • No Comment to " Jaminan Nurul Izzah Hanya Omong Kosong - Nitizen "