• Jaguar Terbakar, Pemandu Selamat

    Published: Wednesday, 16 August 2017
    A- A+

    Pemandu kereta mewah model Jaguar berdepan detik cemas apabila kenderaannya terbakar di Jalan Wisma Putra berdekatan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hari ini.

    Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan mengenai kebakaran kenderaan terbabit pada 5.10 petang.

    Katanya, seramai enam anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikerahkan ke lokasi bagi bantuan pemadaman.

    "Setibanya di lokasi anggota mendapati kebakaran berlaku di bahagian enjin kenderaan terbabit.

    "Api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 5.28 petang.

    "Kebakaran menyebabkan kenderaan terbabit musnah 20 peratus di bahagian depan dan kejadian tidak menyebabkan kecederaan kepada mangsa," katanya hari ini.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Jaguar Terbakar, Pemandu Selamat "