• Isu Sekolah Bermasalah, Tunggu Tindakan Kerajaan Pusat

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    KUCHING: Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Tenknologi, Dr Annuar Rapaee menegaskan kerajaan negeri akan menunggu tindakan selanjutnya daripada kerajaan persekutuan berhubung isu senarai sekolah bermasalah di Sarawak.

    Memetik laporan The Borneo Post, Dr Annuar berkata, terdapat 10 sekolah di Sarawak yang telah dikenalpasti sebagai kawasan panas bagi masalah disiplin dan dadah.

    "Senarai itu dari kerajaan pusat. Justeru kita menunggu tindakan persekutuan bagaimana cara mereka menanganinya," katanya.

    Tambah Annuar, isu tersebut penting kerana melibatkan bidang disiplin sekolah.

    Beliau berkata, terdapat juga segelintir pihak yang tidak berpuas hati kerana salah satu sekolah terbaik di Kuching turut tersenarai sebagai sekolah bermasalah.

    "Mereka marah. Mereka telah menjadi salah satu sekolah terbaik tetapi tersenarai sebagai sekolah 'hotspot'," kata beliau.

    Mengikut laporan, sebanyak 402 sekolah dari seluruh negeri telah dikenal pasti sebagai titik panas bagi masalah disiplin dan dadah oleh Kementerian Pendidikan.

    Daripada jumlah tersebut, 10 buah sekolah di Sarawak yang terlibat adalah di Kuching, Padawan, Bau, Sri Aman, Miri, Baram, Lawas, Simunjan, Samarahan dan Bintulu. - Sarawakiana
  • No Comment to " Isu Sekolah Bermasalah, Tunggu Tindakan Kerajaan Pusat "