• Isteri Pecahkan Kereta BMW Suami Kerana Curang

    Published: Friday, 11 August 2017
    A- A+

    Selepas bersabar selama 10 tahun, akhirnya seorang isteri nekad untuk dengan memecahkan kereta BMW milik suaminya dengan penukul dan mengancam untuk membakarnya.

    Wanita itu hilang sabar dengan suaminya yang curang dan mempunyai perempuan simpanan.

    Bukan sahaja suaminya, dia juga mengugut untuk membakar perempuan simpanan terbabit.

    “Aku dah kahwin selama 10 tahun. Aku tidak pernah memecahkan apa-apa sepanjang hidup Aku akan pastikan tiada siapa akan memiliki kau selepas aku selesai dengan kau,’’ katanya sambil menghayunkan penukul ke cermin kereta mewah terbabit.

    Video berkenaan kemudiannya dimuatnaik dalam YouTube oleh Mr Paveeman dan mendapat `sambutan ramai’.

    Tidak diketahui di mana kejadian terbabit berlaku dan siapa pasangan itu namun mereka dikatakan sudah lama berkahwin.

    Namun tuduhan mengenai kecurangan si suami tidak dapat disahkan. Apa yang pasti, kereta mewah itu mengalami kerosakan yang teruk. – MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Isteri Pecahkan Kereta BMW Suami Kerana Curang "