• Hospital Diserang, 7 Maut

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+


    GUATEMALA CITY: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh termasuk dua kanak-kanak manakala 12 yang lain cedera dalam serangan bersenjata di hospital dekat sini.

    Polis berkata, kumpulan lelaki bersenjata menyerbu Hospital Roosevelt di sini untuk membebaskan ahli kumpulan mereka yang dipenjara ketika banduan itu dibawa untuk membuat pemeriksaan.

    Penyerang dikatakan ahli kumpulan Salvatrucha, antara kumpulan penjenayah paling digeruni di Amerika Tengah.

    Seorang pegawai yang enggan dikenali berkata, penyerang menaiki kereta dan melarikan ahli kumpulan, Anderson Daniel Cabrera, 29, yang dihukum penjara kerana membunuh.

    Katanya, mangsa yang cedera membabitkan dua pengawal keselamatan penjara, dua pekerja hospital, dua kanak-kanak dan seorang awam.

    Ketua Polis Negara, Nery Ramos, berkata kelima-lima ahli kumpulan yang terbabit dalam serangan itu dapat ditangkap tetapi banduan gagal dikesan.

    Presiden Guatemala, Jimmy Morales, mengutuk serangan itu.- Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Hospital Diserang, 7 Maut "