• Hezbollah, Iran & Lubnan Sertai Hapuskan Daesh

    Published: Saturday, 19 August 2017
    A- A+

    KETIKA Tentera Syria dan pejuang anti Bashar termasuk Barisan Pembebasan Kurdis (YPK) dan Tentera Demokratik Syria (SDA) mengepung Raqqa, kubu akhir Daesh di Syria – Tentera Lebanon dan pejuang Hezbollah yang disokong Iran turut mengambil langkah sama dari arah Lebanon.

    Raqqa kubu prominan terakhir Daesh di Syria telah dikepung sejak yang dua minggu lalu. Operasi besar-besaran melalui serangan darat tiga penjuru selama empat bulan dijangka bermula pada bila-bila masa.

    Bagi memastikan Daesh terus lumpuh, Tentera Lebanon bersama pejuang Hezbollah yang disokong Iran mula melancarkan operasi ketenteraan di sempadan timur laut negara itu dengan Syria.

    Serangan menggunakan helikopter, tembakan roket dan meriam artileri kini menghujani Ras Baalbek, kubu akhir Daesh di sempadan Lubnan-Syria.

    “Pasukan bersama mula bergerak 5 pagi (waktu tempatan) tadi,” kata sumber keselamatan Lubnan.

    TV Hezbollah, al-Manar, menyiarkan operasi yang dimulakan dari wilayah Qalamoun, Syria menuju sempadan Ras Baalbek.

    Sebelum ini, kubu kuat Daesh di Mosul, Iraq berjaya ditawan sepenuhnya Mei lalu. Manakala Aleppo yang menjadi kubu kuat Daesh di Syria ditawan pada Jun. –MYNEWSHUB

    Subjects:

  • No Comment to " Hezbollah, Iran & Lubnan Sertai Hapuskan Daesh "