• Hari Pertama Jelajah Kemerdekaan Ke-60 Yamaha E115M Berjalan Lancar

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    SIBU: Hari pertama Konvoi Jelajah Kemerdekaan Ke-60 Yamaha E115M yang bermula dari Bandaraya Kuching ke Bandar Sibu berjalan seperti lancar seperti yang dirancangkan.

    Perjalanan konvoi yang meliputi jarak 408km serta mengambil masa selama tujuh jam 30 minit.

    Konvoi terpaksa meredah hujan lebat serta melalui kawasan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo yang menyebabkan peserta terpaksa menunggang dengan kelajuan yang sederhana serta berhati-hati.

    "Hari ini, kami berempat menunggang dengan memberi fokus kepada memahami jentera.

    "Secara keseluruhan, setakat ini motosikal tidak mengalami apa-apa masalah namun cabaran menunggang dalam keadaan hujan lebat di sepanjang perjalan dengan jarak penglihatan yang sangat terhad menyebabkan pergerakan kami agak perlahan," kata salah seorang peserta konvoi, George Marcella Bana.


    Menurutnya, mereka terpaksa menunggang dengan lebih berhati-hati lantaran jalan yang mereka lalui terdiri daripada jajaran lebuhraya Pan Borneo yang sedang giat dibina.

    Sementara itu, seorang lagi peserta Nurasiman Simon berkata, hujan lebat tanpa henti di sepanjang perjalanan sangat menguji ketahanan mental dan fizikal peserta konvoi.

    "Walau bagaimanapun, pemilihan tayar Maxis Volan memberikan kami lebih keyakinan kerana tahap cengkamannya sangat baik walaupun dalam keadaan hujan lebat serta permukaan jalan di kawasan pembinaan yang diselaputi tanah merah becak," katanya.

    Hari ini, konvoi akan meneruskan perjalanan menuju ke Bandar Raya Miri yang meliputi jarak 417 km dan berdasarkan ramalan cuaca, perjalanan konvoi akan meredah hujan renyai-renyai sehingga ke pekan Tatau. - Sarawakiana



  • No Comment to " Hari Pertama Jelajah Kemerdekaan Ke-60 Yamaha E115M Berjalan Lancar "