• Harga Minyak Naik

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    SINGAPURA: Harga minyak mentah naik berikutan gangguan bekalan di Colombia dan Libya, sementara kemudahan penapisan minyak di Amerika Syarikat (AS) terjejas akibat banjir susulan taufan Harvey.

    Penutupan penapisan membantu meningkatkan harga minyak AS kepada paras tertinggi 2015 kepada AS$1.7799 segelen semalam, walaupun turun sedikit kepada AS$1.7320 segelen pada 0138 GMT, hari ini.

    Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS naik 23 cents, atau 0.5 peratus, kepada AS$46.80 setong, selepas jatuh lebih dua peratus pada sesi sebelumnya.

    Di pasaran minyak antarabangsa, niaga hadapan minyak mentah Brent naik 20 cents atau 0.4 peratus, kepada AS$52.09 setong.

    Banjir besar yang disebabkan Harvey memaksa beberapa kilang penapisan ditutup.

    "Harvey yang dijangka berterusan di Texas dan Louisiana, dan menjejaki ke utara hingga akhir Ogos, akan memburukkan lagi banjir di kawasan itu," ramalan meteorologi AccuWeather.

    "Pengurangan kapasiti penapisan di Houston akan memberi impak besar terhadap permintaan minyak mentah untuk sementara waktu.

    "Kita akan lihat inventori minyak mentah akan meningkat di AS," menurut Greg McKenna, ketua strategi pasaran di niaga hadapan AxiTrader. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Harga Minyak Naik "