• Harap BR1M Ceriakan Sambutan Aidiladha

    Published: Wednesday, 16 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermula esok (Rabu) dapat menceriakan umat Islam yang bakal menyambut Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi.

    Perdana Menteri berkata, pengagihan BR1M peringkat ketiga itu adalah yang terakhir pada tahun ini.

    “Sempena Hari Raya Aidiladha dijangka pada 1 September ini, sukacita saya umumkan BR1M peringkat ketiga dan terakhir akan dibayar bermula esok. Moga dapat membantu,” katanya dalam Facebook hari ini.

    - UTUSAN ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " Harap BR1M Ceriakan Sambutan Aidiladha "