• Halimah Yacob tanding pilihanraya Presiden Singapura

    Published: Monday, 7 August 2017
    A- A+
    Speaker Parlimen Singapura, Halimah Yacob mengesahkan akan bertanding dalam pilihan raya Presiden akan datang, yang dikhaskan untuk calon Melayu, melaporkan.

    Memetik laporan Channel NewsAsia, beliau dilaporkan berkata pada majlis makan malam Hari Kebangsaan yang diadakan di Marsiling Mega Sports Park malam tadi.

    “Saya sedar bahawa kedudukan presiden yang dipilih mempunyai kapasiti besar untuk berbuat baik untuk semua rakyat Singapura dan Singapura,

    “Oleh itu, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya akan bertanding dalam pilihan raya Presiden,” kata Ahli Parlimen Kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRC) Marsiling-Yew Tee itu.

    Halimah, 62 berkata beliau akan meletak jawatan sebagai Speaker dan Ahli Parlimen pada Isnin.

    Pilihan Raya Presiden Singapura dijadualkan diadakan pada September depan.

    Setakat ini, terdapat dua calon lain yang tampil iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Mohamed Salleh Marican serta pengerusi Bourbon Offshore Asia Farid Khan Kaim Khan.

    Permohonan bagi sijil Pilihan Raya Presiden 2017 dibuka pada 1 Jun dan ditutup lima hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan bulan ini.

    Penyandang Presiden iaitu Tony Tan Keng Yam akan melengkapkan tempoh perkhidmatannya pada hujung bulan ini.

    Jika terpilih, Halimah bakal menjadi mencatat sejarah wanita pertama memegang jawatan presiden serta orang Melayu kedua selepas Yusof Ishak menjadi presiden pertama Singapura.- BNBBC News

    Subjects:

  • No Comment to " Halimah Yacob tanding pilihanraya Presiden Singapura "