• Guan Eng Sudah Mengaku, Chong Patut Malu

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+

    Akhirnya Taiko DAP sebagai Ketua Menteri Lim Guan Eng mengakui pengurangan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang kepada 95 peratus adalah atas bantuan kerajaan pusat. Bermakna selama ini Guan Eng menipu penyokongnya dengan memutar belitkan fakta sebenar demi menunjuk bahawa DAP lebih efektif mengurus kewangan disebalik dasar Cekap Akauntibiliti dan Telus (CAT) yang diwar-warkan selama ini.

    Guan Eng turut menjelaskan sekiranya kerajaan pimpinan DAP tidak menerima bantuan Kerajaan Persekutuan menerusi pelaksanaan penstrukturan air dan rasionalisasi hutang pada 2011, sudah tentu hutang Pulau Pinang tidak dapat dikurangkan sehingga 95 peratus malah akan turut berganda menjadi 300 peratus daripada nilai asalnya.

    Rakyat Pulau Pinang selama ini diberikan gambaran kononnya pengurangan hutang negeri itu adalah disebabkan oleh ‘kehebatan’ Ketua Menteri itu dan terbukti DAP tidak cekap mengurus kewangan negeri pada hakikat sebenarnya.

    Sekarang sudah ada pengakuan daripada Guan Eng, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jien masih melontar cerita tentang kelemahan Barisan Nasional dalam mentadbir urus Sarawak.

    Pelbagai kenyataan mengenai pengurusan kewangan oleh kerajaan Sarawak dibangkitkan oleh Chong walaupun 'figure' yang dinyatakan hanya memberi gambaran logik tetapi lebih kepada persepsi memerangkap minda pembaca mahupun penyokong DAP. Walhal Chong tidak mampu untuk berterus terang apa yang berlaku terhadap DAP di hadapan penyokong mereka sendiri walaupun ketara berlaku kepincangan dalam pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

    Chong setakat ini dengan licik mengira usaha pembangunan kerajaan Sarawak dan mempolitikkan setiap jumlah yang ada. Masalahnya kini, Chong tidak dapat mengira kononnya pembangunan yang dilakukan oleh Guan Eng.

    Memang layak Chong dan DAP Sarawak hanya dilebel sebagai 'kaki pukul' terhadap BN tetapi senyap bila Guan Eng melakukan banyak kesilapan di Pulau Pinang. Persoalannya, mampukah rakyat mempercayai DAP Sarawak yang hanya berkata tanpa fakta sahih. - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Guan Eng Sudah Mengaku, Chong Patut Malu "