• Guan Eng Atau 'Google Earth' Yang Berbohong ?

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+
    Isu berkaitan kilang haram di Pulau Pinang mendapat perhatian seluruh negara apabila tindakan kerajaan negeri mempertahankan kilang terbabit daripada dirobohkan. Ketua Menteri Lim Guan Eng bangkit membuat kenyataan menyalah pihak Barisan Nasional dalam hal tersebut.

    Asasnya Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti ( PKR) Dr Norlela Ariffin membawa isu berkenaan ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada 2015. Norlela kecewa dengan kerajaan negeri yang tidak mengambil peduli usul yang beliau telah hujahkan.

    Selepas Exco Kerajaan Pulau Pinang dibebaskan dari tahanan reman berkaitan kes tersebut, Guan Eng mula mendakwa bahawa kilang tersebut telah dibina ketika Barisan Nasional memerintah negeri itu.

    Sehubungan itu, kajian individu bernama Tzu P Wong melalui kajian mudah menggunakan aplikasi Google Earth untuk meninjau kawasan Bukit Mertajam menggunakan panduan garis masa menunjukkan Lim Guan Eng terbukti berbohong. Imej satelit kawasan tersebut dengan bukti masa pada 31 Ogos 2008 dimana terletaknya lokasi kilang haram mendapati tiada binaan di kawasan tersebut.

    Ketika ini DAP sudah memenangi Pilihan Raya Umum ke 12 dan selepas itu, kilang haram berkenaan muncul pada semua garis masa imej satelit bermula 2009 sehingga terbaru pada 2016.

    Ternyata Guan Eng berbohong dan menyalahkan pihak lain apabila beliau mula tersepit dalam isu terbabit.

    Subjects:

  • No Comment to " Guan Eng Atau 'Google Earth' Yang Berbohong ? "