• Gosip Alkohol Tak Jejas Imej Syamel

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    Penyanyi lagu Hidup Dalam Mati, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 24, mengakui gosip yang mengaitkan dirinya dengan alkohol seperti dilaporkan baru-baru ini sedikit pun tidak mencalarkan imejnya sebagai penyanyi lagu tema sambutan hari kemerdekaan, Sehati Sejiwa.

    Katanya, dia bersyukur tempias cerita sensasi yang melanda dirinya tidak menggugat perjalanan karier nyanyian yang dibina sejak 2015.

    "Perkara itu sama sekali tidak mengganggu fikiran saya walaupun ada beberapa individu yang secara terang-terangan mengakui untuk berhenti meminati saya.

    "Saya menganggap golongan yang membuat keputusan seperti itu hanya suka pada lagu dan bukannya sayang kerana bakat. Situasi ini umpama bunga. Yang suka akan petik, yang sayang akan jaga dan siram.

    "Saya rasa mereka hanya melihat tajuk berita tanpa membaca keseluruhan cerita sedangkan saya sudah jelaskan isu berkenaan. Bagi saya, satu kerugian pada mereka kerana mereka hanya menilai dari segi luaran," kata Syamel.

    Tambahnya lagi, dia sedikit pun tidak terkilan mahupun kecewa dengan situasi itu. Baginya, ia cuma isu kecil yang tidak tahu dari mana datangnya.

    "Saya sudah jelaskan perkara itu sebelum ini. Tidak ada bukti yang mengatakan ia betul dan saya yakin, perkara itu tidak menjejaskan reputasi saya sebagai penyanyi," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Gosip Alkohol Tak Jejas Imej Syamel "