• Gatlin 'Rosakkan' Majlis Perpisahan Usain Bolt

    Published: Sunday, 6 August 2017
    A- A+

    LONDON: Majlis perpisahan Usain Bolt 'dirosakkan' Justin Gatlin apabila atlet dari Amerika Syarikat (AS) itu mengungguli final acara 100 meter lelaki Kejohanan Olahraga Dunia, awal pagi tadi.

    Kemenangan atlet berusia 35 tahun itu dibayangi dengan ejekan penonton yang kurang selesa dengan rekod dopingnya sebelum ini.

    Seperti dalam saringan, Bolt berdepan masalah permulaan yang buruk dan pelari Jamaica itu tidak mampu mengatasinya tatkala Christian Coleman, pesaingnya yang berusia 21 tahun dari AS yang menewaskannya di separuh akhir, tampak hampir pasti melakar kemenangan.

    Namun, Gatlin yang juga bekas juara dunia dan Olimpik yang tewas di tangan Bolt pada final Kejohanan Dunia 2015, pertama melintasi garisan penamat dengan mencatat masa 9.92 saat (s).

    Coleman meraih perak dengan catatan 9.94s manakala Bolt ketiga, 9.95s. - Reuters

    Subjects:

  • No Comment to " Gatlin 'Rosakkan' Majlis Perpisahan Usain Bolt "