• Gagal Sogok Polis, Lelaki Perut Terburai Ditemui Di Kereta

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    KAJANG : Seorang suspek cuba merasuah polis bagi menyorokkan keadaan seorang lelaki yang berlumuran darah dan perut terburai.

    Suspek bersama tiga rakannya dalam sebuah kereta cuba mengelakkan pemeriksaan polis jam 11.20 malam kelmarin, lapor Kosmo!.

    Ketua polis daerah Kajang berkata pemeriksaan mendapati seorang lelaki, 23, ada dalam kereta ketika sekatan di selekoh Jalan Reko menghala ke Metro Kajang.

    ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata sebilah parang turut ditemui manakala mangsa dibawa ke Hospital Kajang.

    Beliau berkata mangsa parah akibat tikaman selepas menemui suspek di sebuah kondomunium di Setapak, Kuala Lumpur.

    “Sebaik tiba dilokasi, mangsa telah dikepung oleh sembilan orang lelaki termasuk suspek sebelum dia dipukul serta ditikam dalam kejadian bermotifkan cemburu itu,” katanya

    Mengikut Harian Metro, empat suspek berusia 21 hingga 30 tahun ada rekod jenayah. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Gagal Sogok Polis, Lelaki Perut Terburai Ditemui Di Kereta "