• Gaduh Di Jalan Sarawak Hingga Putus Jari

    Published: Tuesday, 8 August 2017
    A- A+

    Lelaki putus jari dan cedera di beberapa bahagian badan selepas diserang rakannya menggunakan pisau di kopitiam di Jalan Sarawak, Kuala Perlis, hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, pihaknya dihubungi orang awam mengenai kejadian itu pada 1.50 pagi.

    "Pihak polis dimaklumkan berlaku satu pergaduhan membabitkan dua lelaki berusia 44 dan 45 tahun.

    "Sepasukan anggota polis kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk siasatan lanjut.

    "Hasil siasatan awal mendapati mangsa dan rakannya minum di restoran berkenaan sebelum berlakunya pergaduhan antara mereka akibat salah faham," katanya ketika dihubungi.

    Menurut Wari, pergaduhan antara mereka berlarutan hingga rakannya mengambil pisau dari keretanya dan menetak mangsa hingga putus satu jari.

    "Kita melakukan siasatan di tempat kejadian dengan bantuan pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perlis.

    "Bagaimanapun, rakannya (suspek) turut tercedera akibat pergaduhan itu dan kedua-dua mereka kini dirujuk ke Hospital Tuanku Fauziah Kangar.

    "Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan keceederaan menggunakan senjata tajam," katanya.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Gaduh Di Jalan Sarawak Hingga Putus Jari "