• Eric Cray Waspada Kepantasan Khairul Hafiz Jantan

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    Persaingan merebut mahkota Raja Pecut Asia Tenggara di Kuala Lumpur mendorong Eric Cray mempamer aksi terbaik di balapan menjelang pertembungan acara 100m begitu dinantikan.

    Pemenang pingat emas acara pecut di Sukan SEA Singapura 2015 itu bakal dicabar jaguh negara, Khairul Hafiz Jantan (Malaysia), Jirapong Meenapra (Thailand) dan dua jaguh dari Indonesia.

    Di sebalik sifat merendah diri atlet berusia 28 tahun itu, dia berhajat mempertahan pingat emas acara 100m (10.25s) dan 400m berpagar (49.40s) dimenangi di Singapura dua tahun lalu.

    “Saya mahu lakukan terbaik pada KL2017 dan membanggakan negara. Tidak sabar memberikan cabaran kepada mereka.

    “Saya pasti ramai mahu gelaran juara 100m apatah lagi kehadiran Jirapong (emas 2013) serta dua pelari Indonesia dan Malaysia (Khairul Hafiz dan Jonathan Nyepa) yang pantas.

    “Mereka memiliki pencapaian terbaik musim ini yang lebih bagus berbanding saya,” jaguh pecut Filipina itu pada sesi latihan di Stadium Mini Majlis Sukan Negara, hari ini.

    Dalam perkembangan sama, Eric enggan mengaku kalah dan tetap mahu beraksi dalam dua acara iaitu 100m dan 400m berpagar meskipun ia bakal berlangsung pada hari sama - 22 Ogos (Selasa).

    Eric mendedahkan mungkin disenaraikan membawa cabaran Filipina acara berpasukan 4x100m dan 4x400m.

    Pencapaian terbaik Eric acara 100m tahun ini adalah 10.27s di Terbuka Texas.

    Eric juga adalah pemenang emas pada Kejohanan Olahraga Asia di India (49.57s).

    Acara olahraga bermula Selasa hingga Sabtu 48 pingat secara keseluruhan di Stadium Nasional Bukit Jalil termasuk dua pada hari pembukaan.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Eric Cray Waspada Kepantasan Khairul Hafiz Jantan "