• Emas, Perak Atlet Wushu Pagi Ini

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Malaysia membuka hari kedua acara Wushu dengan kilauan pingat emas daripada Yeap Wai Kin menerusi acara qiangshu lelaki di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC), di sini, sebentar tadi.

    Wai Kin mengutip 9.68 mata untuk pingat emas keduanya pada temasya kali ini selepas cemerlang meraih pingat emas acara jianshu lelaki, semalam.

    Lebih manis, pingat perak turut dirangkul atlet Malaysia menerusi Wong Weng Son dengan catatan 9.65 mata sekali gus mengulangi pencapaian jianshu lelaki yang menamatkan saingan dengan kedudukan satu-dua, semalam.

    Gangsa menjadi milik atlet Indonesia, Muhammad Daffa Golden Boy dengan catatan 9.63 mata. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " Emas, Perak Atlet Wushu Pagi Ini "