• Emas Kriterium Lelaki Milik Malaysia

    Published: Monday, 21 August 2017
    A- A+

    Malaysia merangkul pingat emas acara kriterium lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 apabila pelumba negara, Mohd Harrif Saleh muncul pemenang pada perlumbaan di Dataran Putrajaya, hari ini.

    Harrif mencatatkan masa 59 minit 35 saat untuk menamatkan perlumbaan sejauh sembilan pusingan.

    Pelumba Thailand Thanawut Sanikwathi meraih perak manakala abang Harrif, Zamri merangkul gangsa.

    Dalam perlumbaan membabitkan 39 peserta, wakil negara yang lain, Anuar Manan menduduki tempat ke-10, Mohd Shahrul Mat Amin (31), Nur Amirull Fakhruddin Mazuki (37) dan Muhammad Adiq Husainie Othman (38).-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Emas Kriterium Lelaki Milik Malaysia "