• Emas Dari Renang Berirama Lee Hying & Hua Wei

    Published: Sunday, 20 August 2017
    A- A+


    Malaysia menambah satu lagi emas dalam acara renang berirama menerusi gandingan Zylane Lee Hying Huey-Gan Hua Wei dalam acara rutin bebas duet pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hari ini.

    Gandingan negara berjaya memukau para juri dengan gerak tari yang menghiburkan dan mantap untuk mengumpul 76.3000 mata.

    Pingat perak diraih pasangan Singapura, Miya Yong Hsing-Debbie Soh Li Fei yang mengutip 76.2333 mata, perbezaan 0.0667 mata.

    Pasangan Indonesia, Anisa Feritrianti-Claudia Megawati Suyanto raih gangsa dengan 71.4667 mata.

    Satu lagi gandingan negara, Lee Yiat Xin-Nur Liyana Nadirah Mohd Fairuz terpaksa berpuas hati di tempat keempat dengan 70.4667 mata.

    Gandingan Zylane-Hua Wei sebelum ini tewas kepada pasangan Singapura itu dalam acara rutin teknikal duet yang menyaksikan Singapura meraih emas manakala Malaysia berpuas hati dengan pingat perak. – Harian Metro

    Subjects:

  • No Comment to " Emas Dari Renang Berirama Lee Hying & Hua Wei "