• Duterte Tawar Ganjaran RM171,000 Bunuh Polis

    Published: Thursday, 10 August 2017
    A- A+

    MANILA: Presiden Rodrigo Duterte, semalam mengumumkan ganjaran bernilai AS$40,000 (RM171,000) hidup atau mati bagi setiap anggota polis yang dituduh membantu ahli politik yang dikaitkan dengan dadah.

    Beliau juga menyatakan mereka sebaiknya dibunuh.

    Desakan bagi pegawai polis membunuh rakan mereka adalah kenyataan terbaru dikeluarkan Duterta dalam kempen memerangi dadah kontroversi, yang sudah meragut ribuan nyawa, dan dikeluarkan sejurus selepas bertemu dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson.

    Duterte membuat tawaran itu ketika berucap di ibu pejabat polis, menawarkan jumlah berkenaan untuk jumlah pegawai tidak dinyatakan yang didakwa membantu Datuk bandar yang maut dalam operasi antidadah pada 30 Julai lalu.

    "Kepala setiap pegawai itu ada ganjaran, saya mengumumkan dua juta peso satu kepala dan kamu bebas memburu mereka.

    "Saya akan pendekkan ucapan supaya kamu ada peluang memperoleh dua juta peso yang diperuntukkan untuk si bodoh itu," katanya.

    Duterte menambah, ganjaran akan dibayar jika anggota polis terbabit ditemui 'mati atau hidup' tetapi lebih baik 'mati'. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Duterte Tawar Ganjaran RM171,000 Bunuh Polis "