• Dulu Wani Karie, Kini Giliran Sweet Qismina Pula?

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    Sebelum ini tular di media sosial memaparkan penyanyi, Wani Karie yang didakwa menjalinkan hubungan istimewa dengan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Safawi Rasid.

    Kini, dilihat giliran pelakon kecil molek, Sweet Qistina pula turut mengakui sedang berkawan rapat dengan penyerang skuad negara berkenaan.

    Menurut Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi, dia menyedari akan posting Wani itu namun dia tidak melihatnya sebagai satu isu yang perlu diperbesarkan.

    Dalam pada itu, dia turut memberitahu bahawa hubungannya dengan pemain bola sepak itu hanya sebagai teman biasa dan tidak lebih daripada itu.

    Berikutan itu, dia tidak mempunyai sebarang hak untuk menghalang atlet berkenaan berkawan dengan sesiapa sahaja.

    “Saya tahu Wani ada memuat naik foto bersama Safawi pada hari yang sama dan rasanya tidak akan timbul masalah antara kami bertiga.

    “Lainlah kalau hubungan saya dan Wani tidak baik, baru ada isu boleh dibangkitkan.

    “Saya pun tak kisah tentang perkara itu kerana itu hak Safawi mahu berkawan dengan sesiapa sahaja,” katanya dipetik sebuah portal online.

    Dalam masa sama, Sweet turut sama memuat naik gambar bersama Safawi di laman Instagram miliknya. Gambar yang mendapat lebih daripada 29,000 likes itu mendapat komen netizen yang pelbagai.

    Rata-rata netizen melahirkan rasa teruja dan gembira melihat gambar mesra mereka berdua. Malah terdapat juga pihak yang beranggapan pasangan ini sangat sesuai.

    Ketika ditanya tentang permulaan persahabatan mereka, Sweet mengatakan dia mula mengenali Safawi tahun lepas ketika menjadi pengacara dalam program Planet Bola.

    Bagaimanapun, sepanjang perkenalan pasangan ini dikatakan tidak pernah berkongsi tentang hal peribadi malah hanya bercakap soal kerjaya masing-masing sahaja.

    “Saya dah kenal Safawi sejak jadi pengacara Planet Bola tapi masa itu kami tak pernah bertegur dan saya sekadar tahu dia pemain JDT tetapi baru-baru ini kami bertegur di Instagram.

    “Kebetulan pula saya memang minat bola sepak, jadi bila berbual banyak cerita tentang kerjaya dan bola sahaja,” ujar Sweet.

    Pada malam separuh akhir perlawanan Malaysia bertemu Indonesia Sabtu lalu, Sweet turut dilihat bersama turun padang ke stadium untuk memberi sokongan buat skuad negara. – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

    Subjects:

  • No Comment to " Dulu Wani Karie, Kini Giliran Sweet Qismina Pula? "