• Dua Maut Tembakan Di Perpustakaan

    Published: Tuesday, 29 August 2017
    A- A+

    DUA maut manakala empat lagi cedera parah pada Isnin dalam insiden tembakan di sebuah perpustakaan di bandar Clovis, New Mexico.

    Seorang suspek berjaya ditahan selepas insiden itu, kata Ketua Jabatan Bomba, Michael Nolen.

    Penaung perpustakaan itu, Vanessa Aguirre berkata dia berada di dalam Perpustakaan Clovis-Carter bersama anak lelakinya ketika seorang lelaki melepaskan tembakan ke udara.

    Akhbar The Eastern New Mexico melaporkan insiden berlaku terlalu pantas.

    "Kami bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri. Dompet saya masih tertinggal di sana," kata Aguirre.

    Clovis merupakan sebuah bandar kecil dengan populasi penduduk seramai 40,000 orang.

    Ia terletak di timur Albuquerque berhampiran sempadan Texas.

    Beberapa ambulans turut kelihatan di lokasi kejadian dan sekurang-kurangnya seorang mangsa dibawa ke Lapangan Terbang Perbandaran Clovis untuk dipindahkan ke Lubbock, Texas.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Dua Maut Tembakan Di Perpustakaan "