• Dipenjara Guna Tepung Tamat Tempoh

    Published: Friday, 18 August 2017
    A- A+


    SHANGHAI - CHINA. Pembuat roti warga Perancis ditahan dan dipenjara di China Selepas mengunakan tepung tamat tempoh luput dalam pemeriksaan kesihatan di sini, lapor AFP.

    Laurent Fortin,48 ditahan pada Mac lalu di Shanghai di kedai kopi dan roti Farine dimana dia bekerja sejak akhir 2016 selepas berpindah ke China untuk mencari kerja baharu.

    Pemeriksa kesihatan didakwa menemui tepung tamat tempoh semasa serbuan di kedai dan gudang syarikat itu.

    Enam warga China dan Fortin ditahan dalam serbuan itu.

    Pemilik kedai itu, seorang usahawan Perancis, Franck Pecol, tidak berada di China ketika serbuan dan dipercayai berada di Perancis.

    "Kami menuntut pembebasan segera Laurent serta penglibatan kerajaan Perancis," kata petssiyen yang dimuat naik di laman web change.org oleh keluarga Fortin.

    Sekiranya disabitkan kesalahan, dia berdepan penjara setahun dan 15 tahun penjara walaupun dia hanya pekerja syarikat itu," kata ibunya kepada akhbar Paris Normandie.

    Sementara itu, akhbar Shanghai Daily melaporkan Fortin adalah pengurus pengeluaran rangkaian itu yang mempunyai empat cawangan lain.

    Kedai yang dikendalikan oleh Farine, yang bermaksud "tepung" dalam bahasa Perancis, adalah lokasi popular untuk ekspatriat dan warga China yang kaya di Shanghai, menawarkan roti Perancis tradisional dan pastri.

    Penangkapan itu berlaku selepas bekas pekerja di rantaian itu membuat tuduhan dalam rakanan video di platform media sosial China, Weibo mendakwa bahawa Farine menggunakan tepung luar yang diimport dari Perancis. - Sinar Harian

    Subjects:

  • No Comment to " Dipenjara Guna Tepung Tamat Tempoh "