• Diikat Dekat Pokok Kelapa Kerana Mencuri

    Published: Thursday, 17 August 2017
    A- A+

    Nasib malang menimpa seorang lelaki apabila dia telah diikat di sebatang pokok kelapa kerana tertangkap mencuri buah kelapa.

    Sebuah portal di laman Facebook mendakwa kejadian itu berlaku di Kuala Terengganu. Namun jika diamati loghatnya itu, seperti loghat selatan Thailand.

    Lelaki itu juga tidak berbaju dan kelihatan duduk bertinggung ketika diikat di pokok berkenaan. Seorang lelaki yang mungkin orang kampung di situ sedang memegang parang kecil sambil menyuruh suspek mengaku salahnya. Bukan setakat itu sahaja, dia juga turut menolak-nolak kepala suspek.

    Walaupun tidak mengaku atas tuduhan mencuri itu, tapi penduduk setempat masih lagi bertanya soalan yang sama dan menyuruh dia mengaku kesalahan yang tidak diketahui kesahihannya itu.

    “Kita tak buat, kita tak buat. Kita malu ni,” itulah apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

    Rata-rata netizen agak berang kerana penduduk setempat asyik memaksa dia mengaku. Seorang lelaki di situ juga kelihatan memulas telinganya sehingga membuatkan suspek bertambah menangis teresak-esak.

    Ada juga netizen berkata ianya cuma kelapa, jadi tak perlu diperbesarkan dengan cara menyebarkan aib lelaki itu.

    Namun kesahihan kejadian itu masih lagi belum dapat dipastikan kerana mereka cuma menayangkan video itu tanpa sebarang ulasan tentang insiden terbabit. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

    Subjects:

  • No Comment to " Diikat Dekat Pokok Kelapa Kerana Mencuri "