• Dibelasah Anak Kekasih

    Published: Wednesday, 30 August 2017
    A- A+

    CHINA: Akibat berang dengan hubungan ibu bapa yang makin menghampiri fasa penceraian, seorang lelaki sanggup membelasah kekasih gelap bapanya.

    Kejadian berlaku di tengah kekesakan jalan raya di kawasan Henan dan cuma disaksikan sahaja oleh orang awam.

    Media Shanghaiist telah melaporkan bahawa video ini mula viral di media sosial. Kelihatan lelaki tersebut menarik rambut dan mengheret wanita itu yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an itu ke tengah jalan dan membelasahnya dengan teruk.

    Mangsa telah ditumbuk di perut dan kepalanya ditampar berulang kali sambil dihembuskan dengan kata-kata kesat oleh anak lelaki kekasihnya itu.

    Orang awam di sekeliling cuma memerhatikan insiden itu tanpa cuba untuk menghalang atau membantu. Mereka seakan-akan kaku dan hanya meneruskan perjalanan seperti tiada apa-apa yang berlaku.

    Menurut saksi, wanita itu dibelasah kerana dipercayai menjadi kekasih gelap bapanya dan menjadi punca kedua ibu bapanya akan bercerai tak lama lagi.

    Namun, tiada laporan lanjut mengenai kes ini dan pihak polis juga masih lagi menyiasat tentang kejadian ini dan motif masih belum dikenal pasti.–MYNEWSHUB.CC

    Subjects:

  • No Comment to " Dibelasah Anak Kekasih "